Monday, 13 July 2015

Plaza Low Yat : Video dan Keadaan Terkini Di Lokasi


Ekoran tersebarnya berbagai spekulasi yang ditokok tambah berhubung pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat semalam yang menyebabkan keadaan tegang sehingga artikel ini ditulis, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu bakar telah mengeluarkan kenyataan bagi meredakan keadaan.


Menurut beliau, pihak Polis Diraja Malaysia akan mengenakan tindakan sewajarnya kepada kedua- dua pihak yang menjadi punca kepada tercetusnya ketegangan ini. Pihak Polis Diraja Malaysia juga dikatakan telah menahan beberapa individu dan selebihnya masih cuba dikesan untuk siasatan.

Beliau juga menegaskan bahawa ketegangan yang tercetus di Plaza Low Yat itu tidak melibatkan pergaduhan kaum, sebaliknya hanya pergaduhan yang melibatkan dua pihak yang tidak berpuas hati diantara satu sama lain.

Berdasarkan semakan yang dilakukan, keadaan adalah terkawal dengan kehadiran Polis dilokasi.

Berikut adalah video keadaan terkini di Plaza Low Yat yang diperolehi dari halaman facebook Friends Of PDRM;

KECOH TIDAK JAUH DARI LOW YAT

Kes di #LowYat: Video terbaru yang Admin dapat. Keadaan depan plaza dah tenang dengan kawalan ketat PDRM.Tapi lain pula ceritanya di lokasi tak jauh dari situ. Kekecohan berlaku. Harap anggota Polis dapat kawal sehingga mereka bersurai dan keadaan aman sepenuhnya.. Lagi Video Like -- Friends Of PDRM

Posted by Friends Of PDRM on Sunday, July 12, 2015

No comments:

Post a Comment