Friday, 24 July 2015

Pengakuan Justo : Sudah Terlewat Untuk Pemilik The Edge Membuat Pengesahan?


Lanjutan daripada pengakuan yang dilakukan oleh Xavier Justo berhubung tawaran bernilai AS2juta yang diterimanya dari sekumpulan individu melalui perbincangan yang dilakukan di Singapura, akhirnya taikun media, yang juga pemilik The Edge tampil membuat pengesahan.


Ikuti laporan oleh Utusan Malaysia ini;
KUALA LUMPUR 24 Julai - Pemilik kumpulan media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong mengakui menawarkan wang sebanyak AS$2 juta kepada bekas pengarah PetroSaudi International (PetroSaudi), Xavier Andre Justo sebagai helah untuk memperdayakannya.

Justo dalam satu temu bual eksklusif bersama wartawan The Straits Times dari Singapura mendedahkan beliau dijanjikan wang tunai itu sebagai pertukaran kepada maklumat berkaitan urus niaga syarikatnya. 
Kooi Ong kemudiannya dalam satu kenyataan akhbar hari ini mengakui individu dimaksudkan Justo adalah dirinya dan menyatakan beliau menjanjikan bayaran itu sebagai helah untuk mendapatkan dokumen berkaitan 1MDB. 
“Justo jelas adalah seorang lelaki pemarah, dan difahamkan begitu memandangkan kami tidak membayar kepadanya sebagaimana dikehendaki. 
“Benar, kami memperdayakannya tetapi itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil rakyat Malaysia dan warga asing, menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion. 
“Kenyataan beliau mengesahkan apa yang kami katakan sebelum ini iaitu, kami tidak pernah membayar sesiapa,” kata Kooi Ong dalam kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE

Walau apa pun alasan yang diberikan, masih terdapat beberapa persoalan yang timbul;

  1. Jika benar pemilik akhbar The Edge itu ikhlas dan mahu mendedahkan penipuan ke atas wang rakyat (jika ada), kenapa mereka memperakui penglibatan mereka hanya selepas Justo mendedahkan tentang kewujudan perbincangan di antara mereka?
  2. Jika benar mahu bertindak seakan adiwira kepada rakyat, kepada sebelum ini ia dilakukan secara berselindung?

Segalanya kelihatan seperti ada sesuatu yang mahu disorokkan dan mungkin bagi memastikan mereka tidak terperangkap dengan isu yang dimainkan. Tapi sebaik sahaja pendedahan dilakukan oleh Justo, barulah mereka tampil dengan lagak seakan- akan wira. Bukankah tindakan itu menimbulkan pelbagai persoalan?

No comments:

Post a Comment