Friday 17 July 2015

Nafikan Dakwaan Lester Melanyi, Jika Benar Tidak Terlibat - Shabery Cheek


Pemimpin pembangkang yang disebutkan dalam video pengakuan bekas Editor Sarawak Report berhubung pemalsuan fakta berkaitan 1MDB, Perdana Menteri dan isu berkaitan 1MDB diminta untuk membuat penafian segera.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sehingga kini pemimpin pembangkang terbabit tidak membuat sebarang penafian.

"Sehingga sekarang mereka (pemimpin pembangkang) yang terbabit tidak membuat penafian bagi memberi penjelasan berhubung dakwaan itu (dalam video pengakuan).

"Siasatan berhubung perkara ini akan dibuat. Isu ini satu perkara yang serius kerana ia sekali gus mencabar kredibiliti kerajaan dan Perdana Menteri," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah 2015 di sini, hari ini.

Rabu lalu, satu laporan polis sudah dibuat oleh seorang pengadu yang mendakwa pengendali laman sesawang Sarawak Report, Claire Rewcastle melakukan pemalsuan fakta berkaitan 1MDB, Perdana Menteri dan isu berkaitan 1MDB.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata, laporan dibuat pengadu di sebuah balai polis di Petaling Jaya, Selangor.

Menurutnya, pengadu juga mendakwa mempunyai bukti kukuh wujudnya niat jahat oleh pihak berkepentingan untuk melunaskan sebuah misi bergelar 'mission to criminalize' Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB. /Hmetro

No comments:

Post a Comment