Monday 10 August 2020

Orang Kena Tuduh Jatuh Dari Tingkat Lima Mahkamah Georgetown

 OKT MAUT JATUH DARI TINGKAT 5 MAHKAMAH


GEORGETOWN: Seorang lelaki yang juga Orang Kena Tuduh (OKT) ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan Mahkamah Sesyen dan Majistret Pulau Pinang, di sini, hari ini.


Mangsa yang masih dalam keadaan tangan bergari ditemui terbaring di bahagian bawah kompleks mahkamah terbabit kira-kira jam 11.35 pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian berkenaan," katanya kepada NSTP, hari ini.

No comments:

Post a Comment