Friday 7 August 2020

Najib Razak puji penyokong Guan Eng patuh SOP #covid19

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak “memuji” penyokong Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng yang hadir ke Kompleks Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini. 

Najib berkata, penyokong berkenaan wajar dipuji kerana 'mematuhi' prosedur operasi standard (SOP) mengekang penularan Covid-19.


“Macam inilah ‘bagus’. Semua patuhi SOP dan semua pakai pelitup muka.

“Yang baik kita puji okey? Syabas dan tahniah,” katanya di Facebook.


Menerusi foto yang dimuatkan Najib, penyokong dan pengamal media dilihat memakai pelitup muka.


Bagaimanapun, sosok seorang wakil rakyat yang tidak memakai pelitup muka menarik perhatian Najib. 

“Eh, ada sesiapa kenal?” soalnya yang turut mengundang kekesalan warga maya. 

ProjekMM

No comments:

Post a Comment