Monday 10 August 2020

Lim Guan Eng didakwa lagi pagi ini

 




Pengamal media mula berkumpul sejak 6.30 pagi untuk menunggu bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dijangka dihadapkan di Mahkamah Sesyen di Butterworth, hari ini.

Media sebelum ini, melaporkan Guan Eng akan didakwa di mahkamah di Pulau Pinang pada hari ini.Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dijangka dituduh mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Prosiding kes itu dijangka selepas jam 11 pagi.Dalam pada itu, DAP sebelum ini meminta semua penyokong parti itu supaya tidak berhimpun di sekitar bangunan mahkamah, kecuali pemimpin kanan bagi menyatakan sokongan moral kepada Guan Eng.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hadir di Mahkamah Butterworth di sini, akan didakwa bagi pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa bersangkutan dengan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang berjumlah RM6.3 bilion. - Foto Danial Saad

Sementara itu, hanya empat wartawan dan enam jurugambar serta jurukamera dibenarkan masuk ke mahkamah.Jumaat lalu, bekas Menteri Kewangan dan Setiausaha Agung DAP itu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.Guan Eng, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan, sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.


Berdasarkan kertas pertuduhan, Guan Eng ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.Suapan itu balasan sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.


BHARIAN

No comments:

Post a Comment