Friday 10 July 2020

#BatuKawan Motosikal terbabas kerana microsleep


MICROSLEEP

Balik tadi selepas turun dari Jambatan KeDua Pulau Pinang di Bandar Cassia, singgah bawah flyover sebelum tol JKPP.

Ingat kami berdua Mohamad Syazani nak rehat lah bawah tu bagi hilang mengantuk. Rupanya kat situ juga seorang remaja perempuan (form 6) dah terbaring tepi parit. Alhamdulillah dia selamat dan dah ada orang yang membantu dia. Kami tanya dia kaki dgn tangan boleh gerak tak? Muntah tak? Ada la sikit luka (abrasion wound) di tangan dan kaki. Saya tanya dia "dik tertidur ka tadi?", dia mengangguk kepala dan kata "ya".

Saya biasa juga balik kerja, hampir-hampir terlena atas motosikal dan hampir melanggar divider jambatan. Apa saya buat untuk elak terlena? Berhenti, rehat, minum air ke, tidor ke dulu. Sewaktu sambung perjalanan, saya atasi dengan mendengar radio / mp3 / zikir ke, mengaji ke, apa lah yang boleh atasi mengantuk teruk tu. Kadang-kadang cakap sorang-sorang 😁, gelak sorang-sorang 🤣, lantak lah buat apa pun, asalkan mata tu tak tertutup... Hahaha. 🤣🤣🤣

Gambar bawah, adik tu masuk dalam longkang dan langgar simen tu.. Huhu... Serammmm....

Kredit- Abu Aisyah

No comments:

Post a Comment