PUTRAJAYA - Parti Cinta Malaysia (PCM) membuat laporan
dan menyerahkan bukti berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam.
Naib Presiden
PCM, Datuk Huan Cheng Guan juga menggesa SPRM menyiasat sama ada wujud
unsur penipuan atau penyelewengan dalam pembidaan projek terowong dasar laut
itu.
“Sejak beberapa
bulan, terdapat banyak bukti baharu yang kami dapat daripada sumber tertentu
dan hari ini kami serah kepada SPRM dan biar mereka siasat,” katanya kepada
pemberita ketika ditemui di Ibu pejabat SPRM di sini.
Beliau yang tiba kira-kira pukul 3 petang dan ditemani dua lagi
individu kelihatan membawa masuk fail dan dokumen-dokumen yang agak tebal
memasuki pejabat SPRM.
Cheng Guan
berkata, beliau akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM untuk memastikan
siasatan kes itu berjalan lancar.
Cheng Guan pada
17 Julai membuat laporan polis di Pulau Pinang dan meminta polis menyiasat
dakwaan kerajaan Pulau Pinang telah menganugerahkan projek kepada sebuah
syarikat yang mempunyai modal di bawah paras ditetapkan, ketika membida projek
terowong dasar laut.
Projek terowong
dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan
Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium
Zenith BUCG Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.
Projek itu sebelum
ini mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian
kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran yang melibatkan
pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri
yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. - Bernama
No comments:
Post a Comment