Saturday 22 July 2017

Makanan Segera Membahayakan Kesihatan

FAKTOR utama kenapa masyarakat sekarang gemar makan makanan segera adalah kerana ia menyenangkan dan menjimatkan masa, dan bagi golongan bekerja yang menghadapi kesuntukan masa untuk menyiapkan makanan boleh menjimatkan masa dengan membeli makanan segera yang banyak di pasaran.
Lagipun setengah kedai makanan segera dibuka 24 jam sehari tidak kira pada waktu siang pagi atau lewat malam jadi asalkan perut lapar pergi sahaja kemana-mana kedai makanan segera yang berhampiran di kawasan rumah anda.
Selain itu, di pusat membeli-belah juga terdapat pelbagai jenis makanan segera untuk dipilih, pilih sahaja mana yang berkenan di hati dan bajet yang ada, tahukan anda bahawa pengambilan makanan segera dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan masalah kesihatan, di bawah alasan dan sebab kenapa makanan segera membahayakan kesihatan ?
Jika pada masa dahulu, mi segera menjadi pilihan utama makanan segera, kini terdapat pelbagai jenama makanan segera dikeluarkan atas keperluan pasaran.

Selain kurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang, makanan segera banyak membawa mudarat kerana kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk perisa `monosodium glutimate’ yang membahayakan kesihatan.
Bahan kimia ini menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit darah tinggi, buah pinggang dan pelbagai penyakit lain.
Kesan pengambilan makanan segera secara berlebihan:
• Obesiti - Tahukah anda bahawa makanan segera merupakan punca kegemukan. Tak percaya? Dalam sebiji burger sahaja terdapat 35 peratus lemak. Itu tidak termasuk lagi dengan hidangan yang lain seperti ais krim, kentang goreng, ayam goreng, dan sebagainya. Memang lazat tetapi sanggupkah anda menderita sebelum tua akibat keseronokan yang sememangnya dapat dikecapi hanya seketika sahaja?
• Ketahanan badan menjadi lemah. Ini kerana terdapat banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai perisa tambahan. Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan manusia.
• Penambahan kolestrol dan kalori secara mendadak dalam badan. Macam mana itu? Anda hendak tahu? Dengan mengambil makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan kolestrol dan kalori masuk ke dalam badan. Kalau anda sempat membaca kandungan bahan pada plastik pembungkus makanan segera, anda akan mengetahui jumlah kandungan kalorinya. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dankarbohidrat yang tinggi. Kalau anda sudah tahu, pasti ramai yang akan kurangkan pengambilan makanan segera.
• Diabetes - Anda tahu apakah maksud diabetes? Ia merupakan satu penyakit yang lebih dikenali sebagai kencing manis. Salah satu penyebab penyakit kencing manis adalahpengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air birkabonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya memang tinggi.
• Kanser - Tahukah anda bahawa kandungan bahan kimia dan perisa yang ada dalam makanan ringan dan segera boleh menyebabkan kanser.
Makanan segera yang harus dielakkan mengambil secara berlebihan yang kurang elok untuk kesihatan:
• Kentang goreng - terlalu banyak lemak dan garam dan banyak menggunakan pewarna tiruan.
• Burger daging - kandungan lemak yang tinggi dan bahan kimia yang banyak.
• Makanan ringan(jajan) - mempunyai garam dan pewarna yang tinggi.
• Air bikarbonat - kandungan gula yang sangat tinggi
-Sinar Harian

No comments:

Post a Comment