Wednesday 14 December 2016

Zahid Mat Arip Hina Agong

Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi oleh Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia terhadap ahli Parti Pribumi Bersatu, Zahid Mat Arip kerana didakwa menghina dan memperbodohkan Institusi Raja-Raja Melayu.

Presidennya, Mohamad Rafi Awg Kechik berkata Zahid menerusi video yang dirakam oleh lelaki yang menggunakan nama Minaq Jinggo menuduh secara terbuka bahawa Institusi Raja-Raja Melayu dipengaruhi oleh politik.

Dalam video berdurasi 2 minit 12 saat tersebut, Zahid menuduh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad menerima arahan daripada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk membatalkan jemputan kepada Penasihat Parti Pribumi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad untuk majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

No comments:

Post a Comment