Saturday 10 December 2016

SELEPAS HINA RASULULLAH, DR M KATA ALLAH TAK SURUH SEMUA ORANG PELUK ISLAM

DAHULU, kita kenal Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang lantang bersuara apabila menyentuh soal hak keistimewaan Bumiputera dan kesucian Islam.

Bukan ‘kecil anak’ pujian demi pujian diberikan kepadanya atas suara lantangnya menyerang sesiapa sahaja yang cuba menafikan hak keistimewaan Bumiputera dan memperkecilkan kesucian agama Islam.

Bagaimanapun, setelah dia bersahabat baik dengan DAP melalui parti baharunya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mahathir seakan-akan telah hilang jati diri serta kewarasan akal yang pernah menerima pujian ramai suatu ketika dahulu.

Selepas bertindak menghina Baginda Rasulullah SAW semasa di Konvensyen Kebangsaan DAP 2016, hari ini bekas Perdana Menteri itu sekali lagi membuat kenyataan provokasi agama yang berisiko untuk dimanipulasikan pihak-pihak tak bertanggungjawab.

Mahathir dilaporkan berkata, Allah tidak mengkehendaki semua umat manusia memeluk Islam dan agama itu mengajar sifat kesederhanaan serta menolak ekstremis agama. Dia berkata demikian semasa di Majlis Perasmian Konvensyen Parti Amanah Negara (PAN) di SACC, Shah Alam pada Sabtu.

“Kalau kehendak Allah seperti itu, semua jadi Islam. Tetapi dia tidak menyuruh semua orang menjadi Islam.

“Sebaliknya mereka ada berbangsa-bangsa sulaya mereka akan dapat hidup dalam keamanan dan bersikap persahabatan dengan semua kaum,” katanya.

Selain itu, Mahathir juga bertindak memuji Pengerusi PAN, Mohamad Sabu yang berani memperkatakan tentang ajaran Islam terutamanya dalam konteks di Malaysia dan dunia Islam.

“Dalam ucapan Presiden (PAN) tadi amat jelas bahawa hakikat dalam dunia ini terdapat bukan sahaja orang Islam tetapi juga ada orang bukan Islam.

Dalam masa sama, veteren DAP, Lim Kit Siang juga turut hadir dalam majlis itu dan menyatakan bersetuju dengan kenyataan Mahathir.

“Saya setuju apa yang Tun katakan,” ujarnya kepada media. –Tv14

No comments:

Post a Comment