Tuesday 1 September 2015

[Video] PAS Gugur Keahlian Bekas Timbalan Presiden Dan Tujuh Wakil Rakyat Kerana Sertai Parti Lain


PAS pusat hari ini mengesahkan, keahlian bekas timbalan presiden serta tujuh wakil rakyatnya gugur secara automatik kerana menyertai parti lain.

Mereka sebahagian daripada 22 ahli PAS yang didapati menyertai parti pekerja yang akan dijenamakan kepada parti amanah negara.

Perkara itu berdasarkan fasal 15(1C) Perlembagaan PAS Pindaan 2011.

Beliau berkata demikian dalam sidang media petang tadi di Kota Bharu.

Antara yang berada dalam senarai berkenaan, bekas Timbalan Presiden Pas, Mohd Sabu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa serta Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Turut terbabit ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin.



PAS pusat hari ini mengesahkan, keahlian bekas timbalan presiden serta tujuh wakil rakyatnya gugur secara automatik kerana menyertai parti lain.Mereka sebahagian daripada 22 ahli PAS yang didapati menyertai parti pekerja yang akan dijenamakan kepada parti amanah negara.Perkara itu berdasarkan fasal 15(1C) Perlembagaan PAS Pindaan 2011.Beliau berkata demikian dalam sidang media petang tadi di Kota Bharu.Antara yang berada dalam senarai berkenaan, bekas Timbalan Presiden Pas, Mohd Sabu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa serta Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud. Turut terbabit ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin.
Posted by Buletin TV3 on Tuesday, September 1, 2015



Senarai penuh 22 pemimpin PAS diumumkan dalam sidang media petang tadi.
Posted by Buletin TV3 on Tuesday, September 1, 2015

Sumber: Buletin TV3

No comments:

Post a Comment