Tuesday 1 September 2015

Bersih 4.0 Adalah Gerakan Al-Bughah? Ketahui Hukuman Terhadap Gerakan Al-Bughah Dalam Konteks Islam


Memberontak atau menggulingkan pemerintah Islam walaupun ianya fasiq diharamkan dalam Islam

Al-Bughah dari segi bahasa bererti pelampau atau melampaui batas

Dari istilah bererti satu kumpulan orang Islam yang menentang pemimpin muslimin, melakukan pemberontakan terhadap pemerintahannya dan enggan mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pemerintah sama ada orang yang berkaitan dengan hak Allah atau hak manusia.

Dalam istilah biasa mereka dikenali sebagai pemberontak. Mereka mempunyai dasar dan undang-undang mereka sendiri, mempunyai organisasi dan pentadbiran sendiri serta mempunyai kekuatan pertahanan, tentera dan senjata untuk melaksanakan pemberontakan. Contohnya ialah al-Khawarij dan al-Haruriyah yang menentang khalifah ‘Ali ra.

Unsur-unsur dalam Kesalahan Memberontak

1. Perbuatan menderhaka.

2. Penggunaan kekuatan dan kekerasan.

3. Niat memberontak.

Unsur Perbuatan Menderhaka

  • Perbuatan menderhaka bermaksud menentang pemerintah atau berusaha menggulingkannya, tidak mematuhi perintahnya atau undang-undang yang dikuatkuasakannya dan tidak melaksana­kan kewajipan-kewajipan yang tidak dianggap maksiat.
  • Pemberontakan itu ditujukan kepada pemerintah Islam yang adil yang tidak sepatutnya ditentang atau digulingkan, malahan pemberontakan terhadap pemerintah yang fasiq pun diharam­kan oleh Islam walaupun dengan tujuan untuk melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar. Ini disebabkan pemberontakan itu akan memberi kesan yang lebih buruk dan tidak memung­kinkan maksud amar ma’ruf dan nahi munkar tercapai.

Unsur Penggunaan Kekuatan dan Kekerasan

Penggunaan kekuatan dan kekerasan bermaksud bahawa pemberontak mempunyai kekuatan pertahanan mereka sendiri serta mempunyai senjata dan tentera yang dapat melakukan tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman negara dan melakukan kekacauan dan huru hara.

Unsur Niat

Niat yang dimaksudkan di sini ialah untuk melakukan pemberontakan dan penentangan terhadap pemerintah dan bertujuan untuk menggulingkan atau tidak mahu tunduk kepada perintahnya dan enggan melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab mengikut undang-undang dan peraturan yang ditentukan olch pemerintah.
Langkah Menghadapi Pemberontak

Pemerintah yang menghadapi pemberontakan tidak boleh terus bertindak memerangi atau menentang pemberontak dengan kekerasan sebelum langkah-langkah awal dilakukan bagi mengelakkan pertumpahan darah sesama umat Islam.

Langkah paling utama ialah mengajak mereka ke meja perundingan untuk mengetahui sebab mereka memberontak dan tuntutan mereka:

  • Sekiranya sebab-sebab itu munasabah dan tuntutan mereka wajar, maka pemerintah tidak boleh menafikannya, tetapi hendaklah menerimanya dan memenuhi tuntutan mereka.
  • Sekiranya pemberontak enggan memberi sebab-sebab pemberontakan dengan jelas, maka mereka perlu diberi peringatan akan bahaya peperangan iaitu men­datangkan korban nyawa dan kerugian harta benda.
  • Sekiranya mereka masih enggan, suruhlah mereka supaya kembali bersatu di bawah naungan pemerintah dan taat kepada pemerintah atau mereka akan menghadapi tindakan yang keras dan tegas daripada ,pemerintah.
  • Sekiranya mereka tetap enggan dan terus berpegang pada dasar pemberontakan mereka, maka wajiblah mercka diperangi.
Syarat-syarat Memerangi Pemberontak

  • Pemberontak mempunyai kekuatan tentera, senjata dan pengkalan bagi pergerakan dan pertahanan mereka. Usaha untuk menjadikan mereka taat kepada pemerintah memerlukan belanja yang besar dan tenaga yang banyak.
  • Pemberontak menentang pemerintah secara terbuka dan mereka tidak berada di dalam kawalan pemerintah sebab mereka mempunyai pengkalan yang di luar daripada kekuasaan pemerintah. Ini tidak memungkin­kan pemerintah dapat mengambil tindakan terhadap mereka secara mudah seperti menangkap dan memenjarakan mereka.
  • Pemberontak mempunyai asas yang menjadi prinsip perjuangan mereka sendiri sekalipun asas itu salah seperti asas yang dipegang oleh al-Khawarij dan al-Haruriyahyang melakukan pemberontakan ter­hadap Sayidina’Ali ra.. Tidak mudah bagi pemerintah untuk berhadapan dengan golongan yang berpegang pada prinsip tentera yang menjadi dasar perjuangan pemberontak lebih-lebih lagi prinsip yang salah. Ini bererti bertambah sukar untuk menyeru mereka supaya berdamai dan kembali kepada prinsip yang menjadi dasar pemerintah dan menghentikan penentangan terhadap pemerintah.
  • Pemberontak mempunyai pemimpin yang berpenga­ruh dan ditaati, pemimpin yang dapat mengatur dan mentadbir, merancang dan menyusun strategi bagi melaksanakan penentangan dan pemberontakan. Andainya mereka tidak mempunyai pemimpin, mereka mudah disedarkan dan dipujuk supaya menghentikan perjuangan yang sia-sia itu.
  • Walaupun pemerintah diharuskan memerangi pemberontak, mereka tidak boleh dianggap sebagai golongan fasiq dan kafir kerana mereka dapat dianggap sebagai golongan bermasalah berdasarkan asas atau prinsip yang mempengaruhi tindakan mereka.
Tindakan

  • Tindakan hendaklah didahului dengan memberi pe­nerangan dan nasihat serta berunding dengan mereka supaya mereka kembali kepangkuan jema’ah Islam.
  • Sesudah berlaku peperangan tentera pemerintah tidak boleh mengejar musuh yang meninggalkan medan peperangan, tidak boleh mereka menghukum yang telah lemah disebabkan luka. Hanya yang dibolehkan ialah menentang pemberontak seimbang dengan serangan yang mereka lakukan. Jelasnya mengangkat senjata hanya untuk mempertahankan diri dan jema’ah serta memadamkan pemberontakan.
  • Tidak boleh membunuh pemberontak yang ditawan.
  • Tidak boleh merampas harta mereka sebagai harta rampasan perang.

Hukuman yang Berbangkit Selepas Pemberontak Dipadamkan

  • Pemberontak yang terkorban dalam pertempuran mati­nya mati percuma kerana tidak boleh diambil tindakan qisas atau that terhadap pihak yang membunuhnya.
  • Setelah tamat peperangan atau pertempuran antara tentera pemerintah dengan tentera pemberontak, kemudian ada pula tentera pemerintah yang membunuh tentera pemberontak, pada hal pemberontak telah meletakkan senjata dan kembali taat kepada pemerintah, maka tentera yang membunuh itu dikenakan qisas, melainkan ia bersumpah bahawa ia berpendapat bahawa suatu kegiatan menentang atau cubaan rampasan kuasa terhadap pemerintah yang sah di sisi svara’, sama ada dengan mengguna­ senjata atau merancang serta melancarkan peperangan dengan cara zalim
Hukuman Jenayah Memberontak

  • Dijatuhkan hukuman mati
  • atau diperangi

Pemerintah juga mestilah meneliti dan mengkaji sebab pemberontakan tersebut dan sekiranya tuntutan itu benar maka pemerintah hendaklah menerima dan melaksanakannya. Sekiranya permintaan mereka tidak benar, dan mereka masih berdegil tidak mahu mentaati pemerintah, di saat itu mereka bolehlah diperangi.

No comments:

Post a Comment