Monday 3 August 2015

Terbongkar : Selepas Pendedahan Hasil Siasatan SPRM, Ahmad Maslan Dikaitkan Menipu?


Selepas sahaja hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang  memfokuskan ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri diumumkan siang tadi, pelbagai reaksi rakyat dapat dilihat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Polis Diraja Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bank Negara Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.

Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.

Walau bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM.

SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh.

Mengenai siasatan polis ke atas pegawai-pegawai SPRM, SPRM akan memberi kerjasama sepenuhnya.

SPRM mengulangi bahawa tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam konspirasi mahu menjatuhkan Kerajaan. Tindakan yang diambil oleh SPRM adalah jelas semata-mata bagi menjalankan tugas dan fungsinya sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas.

Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.

Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.

SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan mengenai perkara ini selesai.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
3 OGOS 2015

Antara yang bersungguh- sungguh dalam usaha mengelirukan pandangan rakyat adalah media propaganda pro-pembangkang iaitu halaman facebook Suara Rakyat;


Ciri2 Melayu camni lah yg Najib suka..Suka CAKAP BOHONG..Cakap BERBELIT-BELIT..Kuat mengampu & JILAT..Cakap hanya guna otak TAPI TAK GUNA AKAL..Lantaklah negara nak melingkup dgn pimpinan camni..
Posted by Suara Rakyat on Monday, August 3, 2015

Dengan berbekalkan printscreen bertajuk super boombastik yang diterbitkan oleh Free Malaysia Today, halaman facebook itu cuba membandingkan kenyataan dari Datuk Ahmad Maslan bertarikh 30 Julai 2015 dengan artikel berkaitan kenyataan dari SPRM bertarikh 3 Ogos 2015 bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kerajaan tanpa mengongsikan perincian artikel terdahulu.

Berikut adalah sebahagian petikan artikel terbitan Free Malaysia Today berhubung kenyataan yang dikeluarkan Ahmad Maslan bertarikh 30 Julai 2015 seperti yang dikaitkan oleh halaman facebook Suara Rakyat;

“Beliau tidak pernah menggunakan wang 1MDB masuk ke dalam akaunnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Makan Malam Perdana dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera di Menara Matrade pada malam Rabu. /FMT

Jika difahami konteks yang mahu disampaikan oleh Ahmad Maslan, wang yang dinafikan oleh beliau melalui kenyataan itu adalah melibatkan wang daripada 1MDB dan ianya adalah sejajar dengan hasil siasatan SPRM.

Maka, dengan ini jelaslah halaman facebook propaganda Suara Rakyat mempunyai agenda jahat untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap kerajaan dan secara tidak langsung membuktikan bahawa mereka tidak boleh dipercayai kerana membawakan cerita- cerita separuh benar.

No comments:

Post a Comment