Thursday, 16 July 2015

[Eksklusif] Pemalsuan Dokumen 1MDB : Tiga Pemimpin Pembangkang Terlibat?


Sejak semalam, halaman facebook Info 1MDB Anda telah mendedahkan satu salinan laporan polis dan satu klip video yang mendakwa wujud tindakan memalsukan dokumen berkaitan 1MDB bagi tujuan menjatuhkan Perdana Menteri.


Salinan laporan polis mengenai usaha jahat Sarawak Report menjatuhkan 1MDB & kepimpinan Dato' Sri Najib


Eksklusif: video pengakuan tentang usaha jahat Sarawak Report menjatuhkan 1MDB & kepimpinan Dato' Sri Najib

Berdasarkan video dan salinan repot yang didedahkan itu, beberapa perkara harus diberikan perhatian utama;
  1. Siapakah kawan "latino" yang turut bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sessi perjumpaan seperti yang didedahkan Lester Melanyi?
  2. Apakah dakwaan Lester Melanyi yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tony Pua dan Rafizi Ramli adalah berasas? Sekiranya ianya adalah satu fitnah, adakah ketiga- tiga individu yang dinamakan itu bersedia untuk mengambil tindakan sivil bagi membersihkan nama mereka dengan menyaman Lester Melanyi?
  3. Bruno Manser Foundation (BMF) dikatakan adalah "paymaster" kepada Sarawak Report adalah merupakan sebuah NGO yang berpusat di Switzerland. Apakah semuanya adalah secara kebetulan apabila Xavier Justo juga adalah warganegara Switzerland berketurunan Sepanyol?
  4. Adakah kawan "latino" yang dimaksudkan Lester Melanyi itu adalah Justo Xavier kerana ia berketurunan Sepanyol?
  5. Sekiranya Tony Pua dan Rafizi gagal untuk mengambil tindakan undang- undang terhadap dakwaan ini, adakah ia beerti dakwaan ini adalah benar dan mereka bersedia meletakkan jawatan?
  6. Jika dapat dibuktikan kebenaran dakwaan ini, adakah Tony Pua masih layak untuk terus membarisi Jawatankuasa Kira- Kira Wang Negara (PAC)?

No comments:

Post a Comment